Monday, March 5, 2012

HUBUNGAN GENERASI MUDA DAN PEMBANGUNAN NEGARA

aku minat giler dengan idea dan pemikiran 2 pemidato yang menyertai Pertandingan Pidato Peringkat Antarabangsa di Putrajaya. Si Kumbang 'Halil Ibrahim' dari Turki dan Si Bunga 'Ayleen O Hanlon' dari Australia.

Pada entry kali ini, ingin saya gabungkan idea kedua-dua pemidato yang berfikiran luas dan ditambah sedikit idea dan pandangan saya sendiri menjadi 1 artikel yang sangat berguna untuk para pembaca blog sekalian.

INTRODUCTION


Orang luar sangat meminati kepintaran intelektual Hang Nadim yang berjaya menyelamatkan Singapura dari serangan ikan todak. Pada Pendapat beliau(Halil Ibrahim), inilah generasi muda yang dimahukan dan dicari pemikirannya untuk membangunkan negara .

Jika kita lihat golongan muda pada hari ini, ramai yang beranggapan, pembelajaran hanya cukup di peringkat SPM, kerana ramai yang ingin bekerja dan paling mengejutkan berkahwin di usia yang sangat MUDA seperti contoh 'ala, sijil SPM pun da cukup' , 'blaja tinggi-tinggi kerja gaji lumayan, tapi akhirnya lepak dapur jugak, kawin lagi bagus'.

wahai pembaca blog sekalian,

Pemikiran inilah yang wajib kita elakkan, kerana pemikiran sebegini yang menyumbang kepada faktor kemunduran pembangunan sesebuah negara. Bagi mereka, cukup sekadar belajar hingga mengenal Alif, Ba, Ta / 1, 2, 3 / A, B, C , persoalannya, mengapa tidak belajar hingga jumpa huruf YA di penghujung, hinnga mencapai Infinity Number, hingga jumpa huruf Z?

Mengapa situasi ini terjadi ? Ianya adalah kerana 'Mindset' mereka sendiri yang telah mereka tetapkan, dan mereka lupa tentang pepatah melayu 'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'.

Menurut saudara Halil Ibrahim, beliau menyatakan bahawa 'terdapat tiga faktor yang membantu kematangan golongan muda'.

1) Ibu Bapa
-Mereka bertanggungjawab dalam membentuk dan membimbing generasi muda. Bak kata bidalan melayu 'bagaimana acuan, begitulah kuihnya'.
- Ulama' Turki yg bernama Az-Zuman Syed Nursi pernah berkata ' Guru Yang pertama buat seorang insan dan yang paling banyak memberi kesan adalah ibu bapa'.

2) Negara dan Pemimpin
-Pembinaan negara tidak lengkap tanpa ilmu
    -'Bangsa berilmu, Bangsa Bertamadun'
-Generasi muda memerlukan sokongan Inovasi negara kerana generasi muda punyai Idea, ilmu yang luas dan segar, tapi bukan kuasa.

Contohnya: Solidariti Mahasiswa menyerahkan memorandum kepada Suhakam dan Dato' Saifuddin Abdullah.
-Jika dilihat dari pandangan sudut positif, golongan belia ini mempunyai keinginan untuk membuat perubahan dan mahukan transformasi struktur pemerintahan kerajaan yang sedia ada.
-Mungkin bagi mereka, terdapat kesilapan yang berlaku dan pada pandangan mereka ini, mereka bersemangat untuk melakukan perubahan yang drastik.
-Jika kami dididik dan diasuh dengan betul dan wajar, tidak mungkin suatu hari nanti 'Wawasan 2020' akan memberi keputusan yang diluar jangkaan dan tidak hanya dalam angan-angan kita bahawa negara berkuasa Veto akan segan kepada kita.

3) Pemikiran remaja itu sendiri untuk berubah.
-Rasulullah S.A.W sendiri memandang tinggi golongan belia sepertimana hadis beliau:
'Sebaik-baik pemuda, adalah pemuda yang tahu jati dirinya, sedar masa depannya, dan tidak menurut hawa nafsu'.
-Selain itu, remaja itu sendiri yang mendefinisikan kemajuan dan pembangunan kepada dirinya,
-Mereka sendiri yang membangunkan diri mereka, kerana di zaman dunia membangun pada hari ini, tiada siapa yang akan membangunkan diri kita dari lena buaian mimpi yang indah.
-Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
    'Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga sesuatu kaum itu sendiri yang mengubahnya'.

Jika diteliti pandangan Pemidato dari australia ini, dan menurut beliau:

Asas pembangunan negara itu terjadi jika golongan muda dan rakyatnya itu sendiri yang ingin memajukan dan membangunkan negara mereka.

Pada tangan yang lain(On the other hand), walaubagaimana majunya Ekonomi, banyak mercu tanda dan bangunan Pencakar Langitnya yang tidak terkira, tetapi kayu pengukur kemajuan yang sebenar ialah 'Tahap Kemajuan Pemikiran dan Intelektual golongan belia dan rakyat itu sendiri

Kesimpulannya, seperti pepatah melayu 'Ilmu itu lebih berharga dari harta'. Selamat berjuang wahai golongan Belia yang seangkatan denganku, kerana kepercayaan untuk perubahan dan kemajuan negara ini terletak di bahu kita (Belia) .

sampai sini sahaj tuk entry kali ni, dan disini aku letakkan link2 kedua-dua pemidato tersebut

BUKAK KAT SINI N KAT SINI JUGAK

No comments:

Post a Comment